DiYa fotopages

By: eDi and YaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]
Thursday, 13-Nov-2008 19:15 Email | Share | | Bookmark
4 musim yang telah berlalu...

Sudah setahun kami berada di bumi Delft, Hollands. Sudah 4 musim kami laluinya dengan memori yang banyak menghimpunkan suka duka, perit getir hidup di negara orang... dan kami ada 12 musim lai, Insya Allah (3/4) untuk ditempuh di bumi ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kami di sini.....

<hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri......>




Wednesday, 12-Nov-2008 14:00 Email | Share | | Bookmark
Hammamet, Tunisia

Salam...
Lama tak update FP. Malasnya dah tak de apa cite pun yang menarik untuk diperihalkan.. Minggu lepas (5-10 Nov. 2008) kami sekeluarga ke Hammamet, Tunisia. Yang benarnya follow husband, dia ada conference di sana.
Pepagi lagi kami dah keluar rumah untuk naik train ke Schipol Airport. Flight (British Airways) selama 1 jam ke London Gatwick Airport dan kemudian disambung ke Tunis-Carthage International Airport selama 3 jam. Kami duduk kat Hotel Karthago, Hammamet. Hotel ni declare 5 bintang tapi bagi aku nak dibandingkan dengan Msia hotel takat 3 bintang jelah... 98% adalah Muslim dan 1st language derong Arabic, then French n sedikit sangat yang pandai berbahasa Inggeris. Nasib baiklah pergi sekapal dengan Supervisor husband, so, apa2 komunikasi (Arab/french) dia boleh maju kedepan untuk bantu... hehehehe
1st dan 2nd day kami jalan2/ronda2 kawasan sekitar. Tapi tak lah sakan, sebabnya kawasan ni sangat jauh dari bandar Tunisia (1 jam naik kereta dari Tunis Airport). Yang ada hanya kawasan pantai, bot2 mewah yang berlabuh (macam Porto) dan kedai2 cenderamata. Conclusion yang dapat dibuat, orang2 Tunis ni menggerunkan, pandang orang macam tak penah tengok orang, padahal aku ni Muslim gak, pakai tudung cam pompuan2 derong. Lepas tu kitaornag nak masuk kedai nak beli sourv. pun takut pasal jurujualnya lelaki yang suka memanggil2 nak menguruh customer masuk (kira cam suka paksa2 orang).. ehh.. menakutkan sungguh, nak lepaskan Safiah pun takut, asik duk perati and pegang tangan dia je kalau berjalan. At last, kami beli sourv. kat kedai yang satu2nya ada jurujual perempuan. Tak banyak choice tapi bolehla... Tapi Safiah menjadi perhatian.... Semua orang, baik pekerja hotel/makcik pakcik customer hotel yang macam2 bangsa (bangsa Asia je kitaorang) duk sengih/ say hai/ pegang2 tanganya n ada duk siap kiss dia lai kat tengah jalan. Entah tang mana yang derong geram sangat dengan Safiah ni...Jakun tullah derong cam tak penah jumpa orang Asia.
1sr day confc. which is 3rd day kt sana, husband dah kena present paper.. lai satu, pepagi lai aku call room service mintak iron nak iron baju husband. Sekali bila datang, dia kata dia ironkan... ahh sudah, mesti kena charge ni... so, aku bagi takat baju husband yang nak pakai time present paper je n tudung aku 2 helai. Tak berani nak kasi banyak2, mau pengsan kang tengok bil.. Hampes, kata 5 bintang, iron pun kedekut nak sediakan. Lai satu yang kitaorang geram sangat, time dinner boleh derong tak sediakan air mineral, kena bayar lah pulak (1 meja, 1 botol mineral besar).. Masya Allah, tak penah aku jumpa hotel time dinner kena charge air mineral.. tu belum minta air kaler2 ker....Melampau nak untung sungguh hotel ni....
Bila confc. bermula, husband pula dah sibuk attend confc. so, aku n Safiah duk merayap kat area hotel n bawak dia main kat pool n bilik mainan je la.. nak keluar dari kaw. hotel takut ..
6 hari holiday sakan, aku rasa lesu badan (selalu duk buat kerja rumah).. penat je rasa...
Apapun terima kasih banyak2 buat my husband sebab sudi bawa kami ke Tunisia... Ingat tak mau pergi tapi dia kata "jauh berjalan luas pengalaman" tu yang penting.... dan aku sangat setuju dengan pepatah ni...
















Monday, 20-Oct-2008 11:41 Email | Share | | Bookmark
Wetenschapsdag

Aktiviti semalam kami ke Botanical Garden TU Delft yang mana Department of Biotechnology menganjurkan Wetenschapsdag TU Delft (Delft Science Day 2008) (masuk percuma). Lot's of actv. untuk kanak2 such as "Pretlab", a small laboratory for children and perform their own experiments, running steam train, face painting and etc. Kami ni cuma jenjalan sekitar garden n masuk lab untuk lihat pokok2 yang ditanam. Ada padi, pokok Melaka, semalu, zaitun n macam2 la...Lepas tu, kanak2 ni duk face painting.... Safiah pilih karektor Mega Mindy dimukanya (berkenan tengok Adriana la tu)...









Tuesday, 14-Oct-2008 08:32 Email | Share | | Bookmark
Kisah Diya

Makin membesar, makin banyak perangai dan otak diorang ni macam berpikir je siang malam (lebih dari kita)..Hari ni nak story pasal Safiah yang dah ligat berfikir bila bercakap atau berbuat sesuatu.... Ada beberapa kisah yang buat aku telan air liur dan tergelak bila tengok perangainya...

Kisah 1:
Petang semalam pergi kedai beli barang. Safiah teruja nak bawa purse kecilnya yang penuh berisi syiling (duit ni dapat pada abahnya, pantang bapaknya nak pergi school, dia mesti ulur tangan n "nak duit") . tu yang banyak jugak duit syilingnya tu (ala takat 1 sen, 2 sen, paling besar pun 20 sen).. bila sampai kat C1000 zuid port, dia dah terkinja2 nak main music car (yang kena masukkan duit 50 sen tu)... tengah aku duk cek2 dapat wallet nak carik syiling sekeping 50 sen (tak de pun)... tetiba tengok dia tengah duk cuba2 masukkan duit kat dalam music car tu... heran gak mana dapat duit, sekali tengok, dia dah kuarkan dari purse keciknya (yang ada 20 sen paling besar)... lor... aku baru nak cari2 duit, dia lai expert dari kita... terpikir dek dia yang dia ada bawa purse n duit tu leh masukkan dalam car ... cit.... .. Untuk tak hampakan harapan dia, aku kenalah tukar duit dulu....

Kisah 2:
Ahad lepas kami melawat Zul dan Azra yang baru melahirkan baby girl pada 7/10/2008 yang lepas... Alya Batrisyia ...(nice name).. Safiah ni jenis suka dengan budak kecik... kalau boleh nak pangku baby tu cam ibunya pangkukan... Keesokan paginya, dia suh kita sarungkan stokin kat kedua2 tanganya.. tanya dia nak buat apa .. dia cakap " macam baby tu, pakai stokin"... laaa... mesti nak jadi cam baby Alya lah tu, pantang nampak lain sikit, mesti nak ikut.... ari ni pun dia duk sarung tangan dengan stokin lai (tapi kali ni dia pakai sendiri) dah macam apa je, berstokin atas bawah... kalau baby, ok lah rupanya, ni dah besar panjang......



Kisah 3:
Safiah dah pandai solat (ikut abah/ibu) tapi lebih suka ikut abahnya.. sebabnya.... dia suka pakai songkok bapaknya... walaupun aku selalu kata dia girl bukan boy, kena pakai tudung bukan songkok tapi mesti dia akan jawab " no, nak pakai songkok, cam abah, sama same " .. tu pasal dia suka ikut abahnya solat dari aku.... konon cam abah ler, bersongkok (abah dia berkain sarung tak nak pulak ikut )... Kami nak berjemaah pun kekadang bermasalah, pasalnya bila abah baca ayat2 kuat, dia pun duk ikut sama dengan entah apa2 yang disebut, at last, tok imam gelak... batal solat... Kekadang, bila dah siap solat pun safiah masih bersongkok, makan, tengok tv. Entah apa yang bestnya pakai songkok besar tu agaknya... ish.. macam2...





Friday, 10-Oct-2008 16:40 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Raya Aidilfitri

SALAM... rasa macam dah lambat je nak buat entry hari raya.. orang lain suma dah duk pulun updatekan fp dan blog memasing pasai raya... sejak dua menjak ni maleh sungguh. Dah lah laptop ni lembap (salah satu sebab yang major untuk memalaskan diri mengupdate) tapi memandangkan kenkawan duk asik tanya bila nak update .. ni lah hasil kerja tak seberapa.....

Nederlands pun sambut raya hari Selasa. Satu hari awal dari Malaysia... memang kelam kabut dibuatnya bila lepas Isyak kenkawan bagitau esok raya... patutlah mak kita dulu, tak mau sangat bila dengar Penyimpan Mohor kata esok raya.. takut kelam-kabut.. Baru aku tau kenapa... (tapi sempat jugalah masak menu raya ala kadar dengan Safiah yang sama-sama 'membantu' ibu dan abahnya di dapur )

Pagi sebelum solat raya sempatlah telefon mak abah di kampung.. Masa tengah call, boleh lai derong shopping2 sakan.. (selagi tak rayo, selagi tu lah bershopping je )

Pagi raya dan seterus2nya hujan .. hujan rahmat... kalau naik basikal asik lenjun je.. kehkehkeh.. (pengalaman yang sangat berhargabagiku) .... Sembahyang raya di Gym TuDelft dengan warga Indo... lepas je solat raya, kami berbondon-bondon ke rumah Kak Jue (open huis tak real) di dalam hujan renyai... pas tu malam pulak open huis umah Salmah...Raya ke2 ke rumah kak Zahira, beraya sekali tengok baby boynya (Ammar) yang berusia lebih kurang 2 minggu tak salah...

Raya ke 4 pulak, Kak Jue buat open huis yang real punya kat umah dia...meriah gitu... balik tengah malam pun hujan masih lagi turun... Raya ke5 dan ke6 kami tak dapat memenuhi undangan rumah terbuka di Rotterdam dan Utrecht. Ini adalah kerana, ari Sabtu tu migrain aku datang sakan2, tak leh bangun ... ari Ahad pulak, Safiah pulak tak sihat... aisehman... melepas makan sedap2... maaflah yer tak dapat menghadirkan diri... di lain kali, panjang umur, sihat badan Insya Allah kami datang....


aksi gedik Safiah sehari sebelum raya



malam raya ...(Safiah selaku asst. chef)


ruang menunggu sebelum solat raya


lepas solat raya, hari hujan, nak berkonvoi pergi raya


open huis yang dihadiri







[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net