Want your
own Fotopage?











 
DiYa fotopages

By: eDi and YaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 29-Jul-2008 18:19 Email | Share | | Bookmark
Strawberry cheesecake


Hari ni ada mood pulak nak masak.. lepas je siap kemas2 rumah n mandikan Safiah mulalah operasi baking strawberry cheesecake... Dah lama beli cream cheese n buah strawberry dalam tin (kes nak pakai tinnya buat roti jala la ni )... Laipun dah lama rasanya tak buat cheesecake..Siap je buat cheesecake.. duk pikir nak masak apa pulak untuk petang... Tak selera pulak nak masak nasi (tetiba rasa muak) ... Jadinya buatlah ala2 western sikit.. simple menu, spagetti goreng blackpepper, mashed potato+gravynya n chicken grill...

Kat sini semua kena buat sendiri, belasah je, yang penting ada rasa n rupa .. Klau kat Msia, teringin je cheesecake, pi cari kat Secret Recipe..
Recipe ni gabungan dalam internet n my sis kat kg tu ...(tak boleh ikut my sis punya recipe totally, sbb kena ikut bebahan yg ada kat sini)..


Quote:
bahan untuk base:
1 cawan serbuk digestive crakers (biskut merry pun boleh, kalau rajin nak buat base dari kek pun ok)
1/2 cawan kakacang (badam/walnut)
2 sudu besar mentega (cairkan)
2 sudu besar gula pasir
Campur semua, tekan dalam loyang (9 in) bakar sekejap dalam 175'C 'bout 8 min. Keluarkan loyang, pastu turunkan suhu oven ke 160'C

bahan cheesecake:
500 gram cream cheese (apa2 brand yg halal)
250 ml light cream
1/2 cup gula pasir
2 susu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh vanila
4 biji telur kuning (dalam suhu bilik)
4 biji telur putih (pukul kental, make sure mixer, bekas telur tak de minyak/air dan kuning telur tak bercampur)
1 sudu besar perahan lemon + sedikit parutan kulit lemon

Toping (kalau suka/rajin):
Strawberry/bluberry atau apa2 yang digemari

Method:
1. Pukul cream cheese sampai lembut
2. Masukkan light cream, jus lemon dan kacau lagi
3. Sedikit demi sedikit masukkan gula, kuning telur, vanila
4. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung
5. Masukkan putih telur yang diputar dan kuap balikkan
* selalunya pukul telur putih dulu, pastu baru pukul cream cheese..
6. Masukkan apa2 buah yang disukai/ oreo ker
7. Masukkan adunan dalam loyang yang ada base biskut
8. Bakar dengan cara bain marie selama 1 jam atau kek betul2 masak (baking pan disalut dengan double duty foil kalau pakai spring form)
9. Sejukkan kek atas redai kek dan biarkan sejuk sebelum masuk dalam peti ais. Kalau nak lagi sedap, biarkan semalman.
10. Pastu bolehlah sapukan topping
boleh makan........


betul tu kak... kalau kat msia bolehlah, banyak lauk boleh plan masak/beli... kat sini suma kena masak .. lama-lama kepala pun keras duk nak pikir masak apa... tu yang putus selera nak makan nasi Thu 31-Jul-2008 17:48
Posted by:azreeany
guna cream cheese brand apa? kat sini aku tak jumpa pun cream cheese. tak tau lak kalo ada term lain utk benda ni Thu 31-Jul-2008 21:30
Posted by:wanni
Yan, muka suami Yan tersangat familiar and memang confirm staf UTeM. Tapi kiter lupalah fakulti mana. Ke FKP gak. huhuhu... sorrylah... dah bertahun study PhD, sel otak banyak dah mati hehe . vrienden? sah kat holland ni. kat university mana? berapa lama dah kat situ? Fri 1-Aug-2008 10:15
Posted by:mrshenri  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 27-Jul-2008 22:18 Email | Share | | Bookmark
Safiah...Safiah.....

 
 
 
View all 6 photos...
Safiah ni ada macam-macam habit/kerenah/kegemarannya, antaranya :
1. mengintil bantal sebelum nak tidur (ada bantak busyuk ni)
2. tak suka ikat rambut (dahlah rambut kembang2 je)
3. bila minum air dalam cawan, mesti berlakon sambil makan ubat konon2nya (tiru atoknya kat Johor, masa kecik2 dulu nampak atok makan ubat )
4. pantang ambil gambar, mesti nak posing2 (gambar kat atas tu, dia sendirlah yang posing, kita sebok kuarkan kamera nak update fp, dia sebok nak suruh snap gambar dia.. )
5. nak tidur mesti nyanyikan lagu Raihan (kasih sayang)...
6. suka layan channel cartoon Zappelin.. lagu2 tema cartoon tu habis dihafalnya... (orang Dutch dengarpun mesti tak paham apa Safiah sebut)...
7. satu lai, dia suka sangat pakai satu baju ni (jersi tshirt).. tak kering lai pun nak pakai jugak... kalau boleh, tiap2 hari nak pakai baju tu je...

Tak pela.. apapun karenahnya, ibu n abah still layan n sayang Safiah ...



Quote:
Raihan -Kasih Sayang
Kasih sayang itu titi
Kasih sayang penghubung hati
Kasih sayang itu tali
Kasih sayang pengikat diri

Dari kasih timbul simpati
Dengan sayang ada persaudaraan
Kerana kasih ingin berbakti
Saling sayang ma'af mema'afkan

Kasih sayang itu baja
Kasih sayang penyubur jiwa
Kasih sayang itu penawar
Penguat cinta penghapus duka

Kasih manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih TUHAN tiada bertepi
Sayang TUHAN janji-NYA pasti

Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada simpati tiada persaudaraan
Tanpa kasih sayang TUHAN
Tiada bakti tiada kema'afan

( korus )
Kasih sayang pada semua
Kasih sayang sesama kita
Kasih sayang oooo dunia
Moga selamat di Akhirat sana

alahai...saya tak tau plak saya masuk page org utem gak.....bagus gak kan..ala2 jejak kasihan gitu.....mlm tadi tunjuk gambo hubby awak ngan kekanda saya...dia kata dia kenal tapi lupa nama......azreen duk kat Holland ke?.....dah lama kat sane? Thu 31-Jul-2008 21:45
Posted by:kak cahaya  - [Link]
Add comment


Saturday, 26-Jul-2008 23:04 Email | Share | | Bookmark
Makan-makan lagi...

roti jala
antara tetamu2 yang setiap kali jamuan, orang yang sama..
mooi n lekker
View all 12 photos...
Kali ni majlis makan-makan diadakan di rumah kak Fiza. Ianya bersempena dengan sambutan birthday girl (Adrianna) yang ke3. Bestnya, macam-macam ada.... soto, mee bandung, bubur pulut hitam n bla.. bla...bla..serta kek bezday yang sedap (dibuat orang tuan rumah sendiri). Aku bawakkan roti jala dengan kari ayam je...


Habis je main-main kat dalam umah, kanak-kanak ni main lumba lari kat luar rumah pulak... macam-macam idea kanak-kanak ni.....




Quote:
roti jala
2 1/2 cawan tepung gandum (dapat dalam 16 biji, tengok besar pan n tebal roti yang dikirai)
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
1 cawan susu segar
1 biji telur
3 cawan air (depend, tambah sikit-sikit untuk cairkan)

method:
campur semuanya, then, blend, tapiskan, pastu kiraikan atas pan non-stik.. kalau tak de acuan roti jala, pakai je tin susu, tebukkan2 buat lubang kecil...

pas tu boleh hidangkan dengan kari ayam ker, daging ker....

pandai ko wat roti jala. ko dh bg resepi ni sahih aku buat. Mon 28-Jul-2008 10:32
Posted by:wanni
Add comment


Thursday, 24-Jul-2008 19:05 Email | Share | | Bookmark
Madurodam & Scheveningen

bekalannya
dalam train
depan entrance
View all 23 photos...
Bila tengok weather forecast semalam, hari ni panas. Ok sangat kalau nak berjalan. So, kami plan ke Madurodam & Scheveningen. Pepagi lai dah bangun, masak untuk bawak bekal... senang, tak payah pikir n telek2 nak makan apa kat luar nnt. 100% halal.
Masa nak ke station train, ada masalah pulak. Masa nak kuarkan duit, kad kena telan dengan mesin. Mmm, manusia ni merancang, Allah jua yang menentukan.
Modurodam ni actually macam Mini Europe di Belgium cuma Madurodam memperlihatkan kepada tourist miniature bandar2/buildings/transportation di Netherlands. Walaupun kawasannya kecil dalam 18,000m persegi, tapi ada dalam 178 miniature. (penat juga jalan tuuu..)





Dah penat jalan2, duduk kejap makan, pastu kitaorang layan pulak Scheveningen. Yang ni pula beach sebenarnya. Pantai yang panjang dan pasir yang putih. Tahun lepas kami dah pergi tapi masa tu hujan + sejuk+ angin kuat, so, memang tak tengok dari dekat.... As usual hari ni ramailah orang. Dahlah very fine day (mat saleh ni sukalah berjemur) + orang tengah cuti summer. Tak turun ke pantai pun. Ramai sangat orang sidai badan...


cantik gambar safiah kat atas tu Fri 25-Jul-2008 22:03
Posted by:wanni
latest shot at: http://tengkek2002.fotopages .com Sun 27-Jul-2008 05:15
Posted by:MR.Din  - [Link]
Add comment


Sunday, 20-Jul-2008 08:37 Email | Share | | Bookmark
Makan-makan di Rotterdam...

 
 
 
View all 20 photos...
Kami naik train 1.45 pm untuk ke Station Rotterdam Zuid bagi menghadiri majlis barbeque + Birthday Aiman Erasmus (back dated) di rumah Uncle Joe. Selain daripada menghimpunkan warga Delft dan Rotterdam yang dah lama tak gather2.... Paginya hujan, tapi, bila dh petang sampai ke malam, Alhamdulillah, cerah pulak...Macam-macam menu ada ( ayam, daging, kambing, sotong, udang ) panggang, nasi impit, nasi goreng, kek n banyak la... semua sedap2... credit to Rozie yang buat persiapan yang meriah untuk kami semua...
Safiah yang main sakan-sakan kat tuin umah tu sampaikan bocor stokingnya.... Lepas je kuar umah, sempat lai reramai posing , so, enjoy the pic..


Gambar beramai-ramai

Safiah dengan rakan-rakan

Pantang jumpa benda ni, mesti nak panjat



Salam Yan...dtg kunjungan balas... terkejut gak baca komen Yan tulis yg kenal akak. sbb mula2 tak dpt teka siapa...bila selak page Fp Yan yg belakang2 lihat gambar baru cam... ohh Yan ambil CTG gak... berapa thn ya? nampak seronok kat sana...aktiviti mkn dgn kawan M'sia.
Anak Yan, Sofiah ni comellah...rasanya sebaya dgn anak bongsu akak...3 thn lebih kan. btw cam na Yan dpt tahu Fp akak ni.....nanti lapang singgahlah lagi Fp akak ya..boleh kita sembang lagi....
Thu 24-Jul-2008 06:10
Posted by:mamasya mamasya22@yahoo.com  - [Link]
salam..sejak bila si safiah jadi teen girl ni?..hehe model tu...front page cover lagi..
luqman nye chicken pox da makin mengecut..da jadi semakin kecil..
moga dia cepat sihat dan umminya boleh kembali berjalan-jalan..huhu
Thu 24-Jul-2008 12:24
Posted by:yaqeen n_yaqeen@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Saturday, 19-Jul-2008 23:06 Email | Share | | Bookmark
Bananen Chip...

Aha.... masa nak beli barang-barang dapur, Safiah n abah ternampaklah kerepek pisang yang dijual kat kedai Polat... Masing-masing dah pegang sebungkus sorang.... bila time nak bayar, tak jadi pulak, sebabnya sangat lah mahal.. Ada ka, sebungkus dalam 500 gram dalam 3 euro lebih.. Mak ai.. mahal tu.. boleh beli sekor kip (ayam) gamaknya....At last, aku beli pisang tanduk (agaknyalah, panjang n besar2 lengan) yang muda2 buat kerepek pisang....Rasanya buat dengan pisang ni lebih sedap berbanding dengan pisang montel....

Siap je masak.... puiii, Safiah n abahnya makan tak hingat2 si tukang masak.. Safiah masak bertambah2.. sampai kenyang.. Esok paginya, bangun je tidur, nampak kerepek tu dalam bekas, terus mintak n makan buat breakfast... Rerasanya tukang masak makan adalah dalam 1/2 biji je kot....


camne ko wat kerepek pisang. suka tau x share Wed 23-Jul-2008 09:15
Posted by:wanni
Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 09:55 Email | Share | | Bookmark
Muffin Pandan dan Lumpia...


Memandangkan abah balik lunch hari ni, so, makan malam tak perlu berat2 sangat. Aku buatkan popiah inti sayur (ala2 Lumpia Vietnam la ni) and pandan muffin (tak rasa pun pandannya, just groen kluer).... Dah lama juga tak buat baking2 ni, malas n entahlah 2 minggu kebelakangan ni cam tak de mood nak try error resepi baru..

salam yan,

dah lama jenguk FP awak...skrang je baru nk jot something...

waaa,cam menarik la muffin ni... last bbq party tu sbnarnya kita bake muffin tau... tapi tak menjadi ler... sedihhhh... stay up sampi kol 2 pagi tau..kerana muffin..last2 kita simpan dalam tupperware... tak kuar kan pon ari tu...

keh-keh..

Tue 22-Jul-2008 13:05
Posted by:rozie,rotterdam
salam yan..
bile nak letak gambo2 yg diambil dari rumah rozie tu..
hmm..nampaknye terperap jela kat umah seminggu-dua ni..sbb kene kuarantin dengan anak..
sabo kan jela ye:)
Wed 23-Jul-2008 06:22
Posted by:yaqeen n_yaqeen@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 14-Jul-2008 08:29 Email | Share | | Bookmark
Dah sihat.....

Alhamdulillah, Safiah semakin sihat. Selepas 24 jam, perutnya dah semakin baik dan dia tak lagi cirit birit. Tapi aku masih lagi jaga pemakanannya. Hari ni dia makan bubur je, susu pun belum mulakan lagi. Dia nampak juga buah limau atas para, tapi bagikan sedikit je, untuk lepaskan kempunannya , takut nanti menjadi balik. Dan air kosong masih lagi diberi dalam kuantiti yang banyak. Masa Safiah diserang cirit birit, aku surf2 gak info kat internet pasal kes ni..hihi. kasi tambah pengetahuan... (kat sini, proses pemulihan suma kena natural, kalau jumpa Doc. pun bukannya dikasi ubat, so, kenalah mulakan langkah dan tindakan seawal mungkin sebelum penyakit bertambah serius)..

Quote:
antara info di internet
Apakah itu cirit-birit?
• Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak membuang air besar lebih kerap dari biasa dan najisnya cair.
• Cirit-birit disebabkan oleh kuman daripada najis yang memasuki ke dalam badan melalui mulut.
• Kuman-kuman ini boleh merebak melalui air, makanan, tangan, perkakas-perkakas seperti pinggan mangkuk, lalat dan kotoran yang melekat pada kuku jari.

Cirit-birit merbahaya:
• Cirit-birit merbahaya. Sekiranya tidak diberi rawatan ia boleh mengakibatkan kematian.
• Selalunya cirit-birit menyebabkan kematian oleh kerana dehidrasi – iaitu kehilangan air dangaram terlalu banyak dari tubuh kanak-kanak.
• Sebaik sahaja cirit-birit menyerang, kanak-kanak perlu diberi minum air dengan kadar yang banyak daripada biasa untuk menggantikan cecair yang hilang. Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit perlu diberi banyak minuman

Minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa kanak-kanak menghidap cirit-birit ialah:
• Garam Oral Rehidrasi (ORS)
• Susu ibu
• Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
• Sup
• Air nasi (air didih)
• Air buah-buahan
• Teh cair
• Air kelapa muda
• Sekiranya minuman di atas tidak dapat diperolehi, kanak-kanak boleh diberi air masak yang tidak terlalu panas dan tidak terlau sejuk

Untuk mencegah dehidrasi, salah satu dari pelbagai jenis minuman yang tersebut di atas perlu diberikan kepada kanak-kanak setiap kali selepas ia membuang air besar. Jumlah yang perlu diberikan ialah :
• Di antara satu perempat dan setengah cawan besar bagi kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah. Ia perlu diberi sedikit demi sedikit berulangkali.
• Antara setengah dan satu cawan besar bagi kanak-kanak yang berumur lebih daripada dua tahun. Jika anak muntah, tunggu selama 10 minit, kemudian berikan kepada kanak-kanak lagi minuman secara perlahan-lahan seteguk demi seteguk. Cairan tambahan hendaklah diberikan hingga cirit-birit berhenti.

Garam Rehidrasi Oral (ORS) sejenis minuman khas:
• Minuman khas untuk cirit-birit boleh dibuat dengan menggunakan sebungkus Garam Rehidrasi Oral (ORS).
• Minuman ini digunakan oleh doktor dan kakitangan kesihatan untuk merawat kanak-kanak yang menghidap dehidrasi. ORS juga dapat digunakan di rumah untuk mencegah dehidrasi.
• ORS boleh didapati di pusat kesihatan, klinik dan farmasi. Untuk menyediakan ORS
• Larutkan garam ORS ke dalam sukatan air masak sejuk mengikut arahan yang ditulis padabungkusan.
• Jika terlalu sedikit air digunakan, minuman ini akan menjadikan keadaan cirit-biritbertambah teruk. Jika menggunakan air terlalu banyak, minuman ini tidak akan memberi apa-apa kesan.
• Kacau sampai larut dan berikan kepada kanak-kanak sedikit demi sedikit dengan menggunakan gelas atau cawan.
• Selepas 24 jam, buangkan air ORS yang berlebihan. Apabila bayi dalam penyusuan susu ibu menghadapi cirit-birit, adalah penting penyusuan susu ibu diteruskan
• Apabila kanak-kanak yang diberi susu ibu mengalami cirit-birit, penyusuan susu ibu perlu diteruskan walaupun bayi menghidapi cirit-birit.
• Sekiranya kanak-kanak tidak dapat menghisap susu ibu, cara yang paling baik ialahmemerah air susu dan berikan kepada kanak-kanak dengan menggunakan cawan atausudu. Rawatan perubatan diperlukan jika cirit-birit menjadi teruk daripada biasa Ibubapa harus berusaha meminta bantuan daripada kakitangan kesihatan serta mertasekiranya kanak-kanak mereka mengalami dehidrasi atau kehilangan cecair tubuhnya.

Tanda-tanda dehidrasi ialah :
A. Mata cengkung
B. Dahaga
C. Tidak keluar air mata jika kanak-kanak menangis
D. Kurang membuang air kecil atau air kencing berwarna kuning pekat
E. Demam yang kuat
F. Tidak mahu makan atau minum seperti biasa dan sering muntah-muntah
G.Najis mengandungi darah
H. Membuang air besar beberapa kali dalam satu atau dua jam
I. Cirit-birit yang berlarutan – lebih dari dua minggu Sementara itu, teruskan memberi minuman kepada kanak-kanak.

Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit memerlukan makanan:
• Cirit-birit boleh menyebabkan kekurangan zat makanan yang teruk kecuali ibu bapa terus berusaha memberi makanan kepada anak semasa dan selepas serangan cirit-birit.
• Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit selalunya kurang selera makan. Kanak-kanak perlu dipujuk untuk makan dengan menyediakan makanan yang disukainya dan cara hidanganyang menarik.
• Kanak-kanak yang sudah biasa dengan makanan pejal hendaklah diberikan nasi lembik atau kanji pada mulanya dan seterusnya dicampurkan dengan daging lembut dan ikan.Campurkan satu atau dua sudu teh minyak masak pada campuran kanji dan sayuran.
• Apabila cirit-birit berhenti, buah-buahan seperti pisang, betik dan nanas juga baik untuk kanak-kanak.
• Berikan kanak-kanak makanan yang baru dimasak lima atau enam kali sehari. Kanak-kanak yang sedang sembuh daripada cirit-birit memerlukan makanan yang lebihsetiap hari sekurang-kurangnya satu minggu
• Memberikan lebih banyak makanan selepas cirit-birit berhenti adalah sangat penting untukpemulihan sepenuhnya.
• Berikan kanak-kanak makanan tambahan, sekurang-kurangnya satu minggu. Ini akanmembantu kanak-kanak mendapatkan kembali “nutrien (makanan) yang hilang” ketikakanak-kanak itu sakit.
• Keadaan kanak-kanak tidak akan pulih sepenuhnya dari cirit-birit sehingga berat badannya mencapai tahap berat badan sebelum ia sakit.
. Penyusuan susu ibu lebih kerap akan mempercepatkan lagi proses pemulihan kanak-kanak.

Bagaimana cirit-birit boleh dicegah?:
• Hanya memberi susu ibu sebaik saja selepas bayi dilahirkan sehingga berumur empat hingga enam bulan.
• Bila bayi berusia empat hingga enam bulan, berikan makanan tambahan yang bersih,berzat dan separa pepejal dan teruskan penyusuan susu ibu.
• Jika susu tepung atau susu lembu segar perlu digunakan, berikan kepada kanak-kanak dengan cawan dan sudu yang bersih.
• Air minuman hendaklah dimasak dan disejukkan sebelum digunakan.
• Lindungilah kanak-kanak dengan pemberian imunisasi untuk mencegah penyakit campak. Campak seringkali menyebabkan cirit-birit yang teruk.
• Gunakan tandas yang sempurna dan bersih.
• Basuh tangan bersih-bersih dengan sabun dan air sebelum menyediakan makanan atau sebelum makan dan selepas ke tandas.
• Tutuplah makanan dan air minuman dengan tudung untuk mencegah lalat dan habuk.
• Makanan hendaklah dimasak sepenuhnya. Kalau boleh, masak makanan sejurus sebelum dimakan. Jangan biarkan makanan yang dimasak disimpan terlalu lama kerana ia boleh tercemar.
• Jaga kebersihan rumah dan halaman untuk mengurangkan atau mencegah lalat. Buangkan sampah-sarap ke dalam tong, beg plastik atau ditanam.

Care to comment?


Sunday, 13-Jul-2008 23:14 Email | Share | | Bookmark
Kesian Safiah...


Entah apa silapnya makan/minum Safiah. Dia cirit-birit. Nak kata food poisoning, kami makan benda yang sama. Cirit-biritnya bermula semalam. Tapi tak kritikal lagi sebab, selang 4 jam dia berak tapi malamnya tak pulak. Cuma tidurnya meragam. Hari ni bermula pukul 10, 11 dan 12 dia dah berak2. Lepas tu, stop dalam 6 jam n then cirit balik selang sejam sampailah punggungnya naik merah n dia menangis sakan bila nak dibasuh (dah nak melecetlah tu).. Mungkin menjadi kerap kerana petang tadi, Safiah makan bubur (banyak dia makan, lapar sangat agaknya)...Aduh, kesiannya anak ibu. Abah tolong tenangkan Safiah n redakan kesakitannya.

Sambil melayan Safiah (sakit pun dia boleh main-main lai) kami duk ligat berfikir apa yang menyebabkan dia jd macam tu. Sukar nak dicari, sebabnya, apa yang kami makan, Safiah juga... Tapi bila diflashback balik, mungkin air bikarbonat yang diberi masa petang Jumaat. Mungkin perutnya kosong menyebabkan perutnya meragam. Mungkin juga tangannya dah tercemar and then terus pegang makanan. Tapi, siang tadi, aku basuhkan semua barang mainannya dan jemur di tempat panas (Alhamdulillah hari ni panas). Manalah tau ada barang-barang tersebut yang tercemar, Safiah pegang2 n masukkan jari dalam mulut.

Apa yang termampu aku lakukan adalah menghentikan pemberian susu padanya n memberi lebih banyak air kosong, sup, air teh dan air garam yang dicampur dengan gula (macam-macam air ) supaya dia tak dehidrasi. Risau sikit sebab sebelum ni dia tak penat cirit-birit, kalau ada pun masa baby dulu (nak beralih bulan, orng tua kata).

Safiah baru je melelapkan mata, selepas membelek2 dan membaca bukunya dan penat membuang sisa yang tercemar dalam perutnya.. Ya Allah semoga esok dia akan beransur pulih dan sembuh seperti sedia kala. Insya Allah.


Kesiannye. Kadang2 bila lama minum susu yang sama pun perut budak akan meragam, especially susu lembu. Kurangkan gula dan susu incl. coklat hingga kurang ciritnya. Harap cepat baik Mon 14-Jul-2008 22:22
Posted by:wanni
Add comment


Saturday, 12-Jul-2008 09:56 Email | Share | | Bookmark
Alahai sedapnya....

 
 
 
View all 6 photos...
Hari ni plan nak pi Zoo Rotterdam, sekali ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan, niat tu dibatalkan . Jadinya langsung kami ke pasar Rotterdam beli ikan dan buah sikit... Dah lama juga tak makan ikan, adalah 3 mingu rasanya, sebabnya tetiba rasa cam muak, so, la ni, sambung makan balik. Selera nak makan ikan dah ada.

Tetiba petang, kepala ni sakit sangat. Migrain datang.. tak terlalu extreme, boleh tahan lain. Abah Safiah masak masakan kampung petang ni, alahai sedapnya....simple menu but yummm... yummm. (ker aku lapar ek ) Abah cuma masak telur dadar, ikan masin goreng, sambal belacan n salad.. Nikmat sungguh rasanya.. Alhamdulillah.....


Quote:
Event hari ni di Delft, Centrum...selalunya kalau dia nampak horse, mesti sebut2 "horse, horse". Sekali bila binatang tu ada depan mata dia, punyalah takut, abahnya siap usap2kan tangan dia dekat horse

Safiah yang takut dengan horse

Care to comment?


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.