Want your
own Fotopage?











 
DiYa fotopages

By: eDi and YaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 7-Jul-2008 09:04 Email | Share | | Bookmark
Cubit peha kanan, peha kiri terasa



Peribahasa melayu lama..... maknanya kalau orang terdekat kita/orang yang kita sayang mengalami kesusahan, maka kita yang terdekat ni juga akan merasa kesusahan dan kepayahannya.

Abah ada masalah yang dihadapinya, balik je dari school, macam biasa bagitau serba sedikit apa yang berlaku di school and then lepas-lepas tu dia duduk diam membisu, kurang bergurau, tapi alhamdulillah lalu makan . Ada bendalah terbuku dibenak fikiran dan hatinya tu. Sebagai isteri, terasa juga kepayahannya macam peribahasa di atas. Nak kemukakan idea yang berkaitan dengan masalahnya, tak mampu, bukan apa, bukan bidangku.. Jadinya sebagai isteri dan sahabat yang ada disini, yang termampu dilakukan adalah memberikan kata peransang, kata semangat dan doa kepada Allah agar segalanya dipermudahkan. Dan sentiasa mengingatkan agar semua yang terjadi pasti ada hikmahnya.....Abah, kuatkan semangat, teruskan perjuangan.... doa dan tawakal, insya allah..... Ibu dan Safiah sentiasa bersama ... cayuk....





betul tu yan..itu symptom2 lepas jumpa supervisor tuu...
kekadang yang leh aku nasihatkan bila husband aku mcm tu..aku ingatkan dia supervisor tu manusia biasa...doa banyak2 pada Allah supaya dilembutkan hati supervisor..

cantiknyer gambo tu mcm kat kg kat ma'sia..
Tue 8-Jul-2008 21:38
Posted by:mamaJannah
Add comment


Saturday, 28-Jun-2008 00:00 Email | Share | | Bookmark
Hari Konsert se Delft

 
 
 
View all 5 photos...


Aku gelarkan hari ni hari konsert se Delft... kenapa?? sebabnya, first, kat Centrum Delft ada Nyama World Festival, macam festival kebudayaan dari negara2 luar.. ala, tak banyak pun negara yang join (kalau betul world, Malaysia tak de pun, )

Secondly, on da way balik dari Xotus, ada open concert kat area Verwersdijk (sekali dengar bunyi lagu macam lagu-lagu M. Nasir, kira penyanyinya ni cam sama aliran dengan M. Nasir kot, ). Tengok dari jauh je live band ni...

Lastly, live konsert yang paling gempak telah berlaku di belakang rumah ku (bebudak bujang umah sebelah ni la)...Bukan besar pun taman kat belakang ni, sekangkang kera je, lebih kurang besar taman rumah ni.. wahhh, nak pecah telinga dengar derong melalak (nasib baik lagu kira best2 jugak), derong start nyanyi pukul 9 pm, pas tu ingat dah habis la, pkl 10, pasal dah senyap, rupanya2, sangkaanku meleset, derong melalak sampai pagi kot (kitaorang bangun solat subuh dalam 3.20 pagi, derong still duk melalak2 lai)..Memula rock, lepas tu jazz, masuk tengah malam rock n roll, time subuh tu pulak acapella.. macam2 .... Alhamdullilah kita orang boleh tidur.... Safiah pun naik takut bila bawak pi keluar tengok band tu (muzik kuat sangat, tu yang takut agaknya)... Kira cam party heineken or kalau kat Malaysia cam party liar la ni, kehkehkehkeh.....Ingat nak snap gambar, tak jadilah, kang derong ingat aku peminat derong lak.

Conclusionnya, masyarakat barat ni suka berpesta dan berhibur. Mana tau time Maghrib ker, Isyak ker, Subuh, main langgar jer. Kalau tengok kat Malaysia pun sekarang ni dah meniru2... dengan ada araknya dengan perempuan tak cukup kain.... Bagi aku, kita orang Malaysia, ada budaya dan agama, tak payahlah nak tiru sangat budaya ni....


Quote:
petang tu aku potong rambut abah, kasi cun sikit, semenjak datang sini, akulah si tukang penggunting rambut, cun tak cun tu belakang kira, yang penting pendek n tak kembang cam singa, hahahahah)

akhirnya wikend baru free nak menjenguk2 blog orang lain. wowieee bnyk gile activity... ala comelnye safiah tuu... nanti kami dtg sana bleh geng tak dgn kak Aleesya? cm ne le kitorang nanti yek dgn kejiranannya. Kt sini rukun tetangga x kasi bising2. tp kt sana lantak pi la ek. lps ni korang jln2 ke mana pulak. Sat 5-Jul-2008 13:12
Posted by:RinaElyani&Kiddos nikk_ekey@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 25-Jun-2008 23:03 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti ibu2 Delft

Petang tadi Yaqeen datang umah.. ambik dia di Centrum... Aktivitinya ialah, chit chat chit chat, melayankan anak2 main, makan-makan n aktiviti sampingan lain, hihihihi...
Safiah bukan main lai main dengan Luqman, dengan Iqbal pulak, asik nak mencium baby tu jer.... (nak adik ker ) tapi jangan salah faham, Safiah memang dari dulu suka baby.. asal nampak jer baby, mesti nak pangku or nak kiss2...

Care to comment?


Tuesday, 24-Jun-2008 23:41 Email | Share | | Bookmark
Makan-makan

 
 
 
Rasanya dah 2 bulan kami warga Malaysia Delft tak berkumpul ramai-ramai sambil makan-makan and borak-borak mengenai aktiviti masing-masing. Last berkumpul macam ni kat rumah kitaoranglah dulu. Masa buat housewarming tu.... Yelah, cuaca dah panas, so, masing-masing ada agenda tersendiri. Malaysian Delft tak ramai pun, adalah kira-kira dalam 10 family ...

Actually, makan-makan buat kat rumah Kak Jue. Itupun tergempar. Kira jamuan sempena maknya nak balik Malaysia esok setelah 3 minggu di sini. (bila lah mak aku nak datang ). enjoy...



Care to comment?


Sunday, 22-Jun-2008 23:10 Email | Share | | Bookmark
spelgrond....

buai laju-laju.....
 
 
View all 6 photos...
Lepas breakfast ala kadar, kami test bike yang repair /modified semlm ..berat sikit dari biasa.. roda basikal ni banyak bunga..tu yang berat kot . tak pe.. dah selalu bawa, oklah nnt.. kami ke playground (spelgrond) di Poptahof Noord. Pi pepagi orang tak ramai lai. Kang dah ramai segan lak.. Yelaa menumpang taman mainan orang.. hihihhihi... Safiah suka sangat main gelungsur, nak naik kena panjat tali, "macam spiderman la bu"... katanya. Semenjak dua menjak tak sah kalau sehari tak tengok Spiderman. Bukala juga cite ala2 girl, tak naknya..


Dah puas main n ronda-ronda, balik umah nak dekat pkl 1. Abah kata goreng patat je la..ooo.. kat sini, patat tu french fries... semacam je bunyi ekkk .I kata dengan dia, tak pe masak je nasi, bukan susah, kejap je.. Masak la nasi minyak dengan lauknya ayam masak merah n kerabu epal+ sayur2(main campak2 je ni)...

Petang pulak, kitaorang ke rumah kak Fiza, safiah nak main dengan abang..errrkkk, ada kakak nk main dengan abang... ishh..ishh...



Care to comment?


Saturday, 21-Jun-2008 23:56 Email | Share | | Bookmark
oh basikal...

 
 
 
View all 5 photos...
Semalam lai abah Safiah betulkan fiets (basikal) ibu.. kasi cun sikit, tayar depan yang gewang-gewang tu nak diganti dengan tayar baru (beli basikal second lain). Kira mechanic basikal tak bertauliahlah ni. Loceng yang tak boleh pakai, buang je terus, bakul kasi put at the right place (dulu letak kat belakang )... Abah ada juga tanya, nak beli basikal baru tak. I cakap, tak payah la, membazir and basikal lama tu dah comfortable dan ringan dibawa. Nnt ganti yang lain, tak best pulak nak remp-it dengan abah.. .... dia betulkan basikal tu dari lepas asar sampai maghrib, and then bersambung balik keesokkan harinya dari pkl 2 lebih kot sampai 8 malam.. puiii. dasat.. sampai cakap dengan dia, dahlah bang.. kedai basikal pun dah tutup, awak tak tutup2 kedai lai.. dia balas.. nak siapkan jugak ni,, nnt esok boleh jalan-jalan.. fietsen...hahaha.. yola...

Yang tak tahannya bila abah betulkan basikal, dia ada assistance yang setia, sapa lai, kalau bukan Safiah, memula konon2nya dia betulkan basikal dia, ambik spanar ketukkan rodala, colek tulah inila.. lepas tu rasa cam tak thrill kot, dia pi kacau abahnya. Aduh, geram betul, tangan dah habis hitam kena minyak gris, baju pulak jangan cerita... dah geram sangat, mechanic pun dah bising-bising, bawa dia masuk rumah n kunci pintu, dapat tengok abahnya buat keja dari luar jelah... hehehehe.. baru tenang pakcik nak kojokan basikal...


oo ya, tengaharinya kami singgah di Centrum. ada event lai, tah apa nama event ni. Ada pertunjukan pancaragam. Safiah ni suka band2 ni.. Balik je rumah, dia pun capai trumpetnya, duk tiup trumpetnya, konon cam band yang ditengoknya tadi la,. siap menari2 lai, kiri kanan , depan belakang. Layan kan je la.....





comeyyyy...nurin jangan harap suka tempat yg bising2...melalak takut... Thu 10-Jul-2008 16:49
Posted by:wanni
Add comment


Thursday, 19-Jun-2008 17:20 Email | Share | | Bookmark
Eksperimen....

 
Dah lama tinggalkan buat eksperimen2 ni..Masa kat U dulu je selalu buat eksperimen ..
Bila dah jadi housewife ni eksperimen masakan la... Tadi buat muffin yogurt oren (bolehlah namanya).. Actually, semalam dah buat tapi tak menjadi sangat, tepung tak cukup kot, muffin flat jatuh merundum-rundum lepas masak. Sampai abah cakap, muffinnya sedap tapi awat jatuh ni, ahaks. Dia ingat wifenya ni pandai bake2 ni ker

So hari ni buat lai, Alhamdullilah, jadi elok je, rasa pun not bad. Resepinya pun di eksperimenkan sendiri. Follow resepi muffin pisang sikit2 then sebat je lah. Minggu ni sebenanya tak plan nak bake muffin pun but, last week ada beli vanilla yogurt, so, lepas dah buat aiskrim vanilla yogurt, banyak pulak lebihnya, dalam setengah kotak juga. Pikir punya pikir, why not buat kek. . Tapi rasanya adalah dalam secawan lai vanilla yogurt tu, aduihai apalah aku nak buat lai ni, expired date esok pulak tu....

Masak je muffin, Safiah pulak bangun tidur. Jadinya, dia pun apa lai, rasmikan dululah.Lapar lah tu... pagi tadi tak makan sangat minah ni, buatkan tortilla, ayam je yang dikoreknya, tinggalkan tortilla n sayur2 jer.




Quote:
Muffin Yogurt Oren
Ingr:
1 egg
2 cup self rising flour
1 1/4 cup yogurt
1/2 tsp baking soda
1/2 cup butter (melted)
3/4 cup sugar
kulit orange( grated)

method:
Preheat the oven to 180°C . Beat egg and sugar until fluffy. Then add yogurt, butter, flour, grated orange. Then, fill a muffin tray with paper muffin cases, and then fill each case approximately two thirds with the muffin mixture. Bake the muffins for 25 minutes. Ready....



waaa banyak nyo hapdet entries! orghang nogori gak ko? la hai, wan den kek jolobu nun. sekampung agak eh. hehehe... seronok tgk Yan enjoy masak. wajib rembat resepi tortilla Yan n mee goreng mamak (dh lupe cm ne masak). tidak sah lagi, ni terror masak nih. mane la dia beli brg2 masak tu ek, esp mi kuning.
k la, nnti kami visit blue delft la. nnti letak bnyk gmbr laie ek.
Fri 20-Jun-2008 00:28
Posted by:RinaElyani&Kiddos nikk_ekey@yahoo.com  - [Link]
lama x jengok ke sini...bukan ape..nanti teman meleleh je...nengok gambo kat tpt org..teman x merase lg nak sampai Mon 23-Jun-2008 15:06
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Add comment


Sunday, 15-Jun-2008 13:10 Email | Share | | Bookmark
Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Abah...
tengah kek ni letak cherry
mee goreng mamak?
View all 6 photos...


Selamat Hari Abah untuk abah Safiah. Juga untuk abahku yang berada nun jauh di Negeri Sembilan. Kami tak celebrate hari Ahad, tapi awalkan iaitu hari Sabtu. Pasai ahadnya kami ada program (menghantar Cik Yahya n kak Nadiah ke airport untuk balik ke Malaysia). Guna kek coklat moist n not bad, tapi deconya, Masya Allah. main campak-campak je, huduh sungguh... tak polah,. Asalkan boleh dimakan. . First time buat.. nasib ko lah kek... Oh, kek ni ada Tahniah sebab kejayaan abah dapat APC,

Quote:
Kek coklat moist (sumber : kak izan)
Bahan-bahan
• 2 cawan tepung gandum
• 2 sudu kecil baking powder
• 2 cawan gula halus
• 4 biji telur gred A
• 250 gm butter
• 2 sudu kecil esen vanilla
• 1 cawan serbuk koko (guna 1/2 cup je)
• 1/2 cawan gula halus
• 1 cawan air panas
• 1/2 cawan susu cair
Cara-cara
1. Masukan serbuk koko,gula halus dan air panas dan jerangkan atas dapur dgn api yang kecil sambil dikacau rata dan berkilat sejukan dan tuangkan susu cair kacau rata dan ketepikan.
2. Pukul butter dan gula hingga kembang dan masukan telur sebiji-sebiji,vanilla di gaul rata dan ayak tepung dengan baking powder 3 x baru masukan tepung berselang selikan dengan pes coklat tadi dan digaul hingga rata-rata.
3. Masukan dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 160 darjah api atas bawah (ikutlah oven).





So, pepagi lai kitaorang dah bangun bersiap nak hantar cik Yahya n kak Nadiah ke Airport Amsterdam. Sedih jugak... kuranglah lai warga Malaysia di bumi Delft ni... Semoga selamat menjalani kehidupan di Malaysia ya....

Opss, mee goreng mamak tu menu petang kami...

Care to comment?


Saturday, 14-Jun-2008 19:26 Email | Share | | Bookmark
Delft Town

timunpun dimakannya
transportation di holland
pasar sabtu
View all 17 photos...


Care to comment?


Friday, 13-Jun-2008 17:31 Email | Share | | Bookmark
Congratulations my dear husband....



Tahniah buat suamiku kerana hari ini (kat Universiti) ada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2007 (APC). Abah Safiah adalah salah seorang penerima anugerah berkenaan. Alhamdulillah, segala usaha dan pengorbanan untuk anak bangsa dihargai juga... Actually dia tak tahu menahu pun dapat anugerah tu, I yang dapat tahu dari member opis, itu pun semalam... Kitaorang pun tak percaya gak, tapi bila my bestfriend beria-ia kata dapat, so, memang percayala...

Congratulations Abah....

Quote:
I tak jeles pun, dah dapat gak tahun 2006 punya

Congratulations!
Comelnye Safiah. Boleh berkenalan? Saya Rina. Kami 4 beranak will be moving dari KL ke Den Haag lepas raya puasa ni. Mungkin kita boleh berjiran.
Tapi curious sekolah mana mana u hantar safiah? Tengah sibuk memikir sekolah mana nak hantar my daughter Aleesya. umur dia almost 4thn.
Jemput melawat my fp ye. Thanks!
Sun 15-Jun-2008 12:33
Posted by:RinaE nikk_ekey@yahoo.com  - [Link]
lame x dtg sini..congrates to your dear hubby..semoga terus cemerlang Mon 16-Jun-2008 12:46
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.