Want your
own Fotopage?











 
DiYa fotopages

By: eDi and YaN

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 20-May-2008 11:16 Email | Share | | Bookmark
Tiramisu......

 
 
 
Tiramisu.... mengidam pulak nak makan.... ada pulak roomkaas (cream cheese) dalam peti ais, emm, ok sangat la,whipped cream pun ada.. lai satu yang beria-ia nak buat tu sebab tak pakai telur. Kira oklah, simple n easy. Resepi mcm biasa dapat dari fotopages kak liza, cut & paste ya malas nak taip but Bahan B tak guna sbb tak de tp still menjd n yummy....

Quote:
TIRAMISU
Bahan A
24 keping biskut tiramisu (lange vingers) (ikut saiz bekas)
500 gm keju cream [philidephia] ( guna jenama lain n 200 gm je, so, nipis jelah creamnya)
150 ml yogurt asli (guna whipped cream/slagroom)
1/2 cawan gula kastor
*1/2 cawan air ]
*1 s/ k nescafe ] bancuhkan
serbuk koko

Bahan B
150 ml air ]
1 s/b serbuk agar2 ] masakkan sampai mendideh

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan whipped cream dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata. (tak buat..)
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.


Most important thing, abah Safiah kata sedap....... .. tu yang suka dengar....

alahai.. bilala boleh makan ni... yummy...yummy......

mak..sedapnye..i x pernah makan tiramisu tau.. xpe nnti i buat Wed 21-May-2008 12:20
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Add comment


Monday, 19-May-2008 22:16 Email | Share | | Bookmark
Safiah and Sticker....

 
 
 
View all 4 photos...
Cam ni lah rupanya Safiah kalau dah main dengan sticker kecik-kecik.. habis suma tempat nak ditepeknya.Kat dinding rumahla, kat dinding keukenla, kat kaki dia, dahi abahnya... emmm... kalau meja dia, dah penuh dah... Tapi yang paling dia suka tempel kat dahi, mata n tangannya (dia cakap mcm Mega Mindy) ... alahai...

Cuma gambar-gambar ni je yang sanggup nak ditempelkan..


again, camera ni advance lai datenya, tak sempat nak tanya abah, mcm mana nak buat..

yan..masa ko kecik meti mcm diya
...ko dah rajin buat kueh sekarang..nanti boleh aku rasa..
Tue 20-May-2008 19:11
Posted by:mamaJannah
kehkhekhe.. diya ni dasat sngat mcm amoi. dah campur jawa, tulah jadinya... aku dl kecik2 leh tahan lai cam minah melayu Tue 20-May-2008 19:39
Posted by:azreeany
Add comment


Sunday, 18-May-2008 21:49 Email | Share | | Bookmark
Banana Muffin..

Hari ni buatkan Safiah Muffin pisang. Tapi, yang betulnya untuk abah Safiah. Actually, resepi asalnya kek pisang tapi disebabkan malas nak masukkan dalam acuan besar (kena tunggu masak lama) so, bakar dalam muffincup, jadinya diaorang ni akan teruja n mesti makan banyak. Before this penah juga buat, tapi hasil kurang memberansangkan tapi bila muffin tu nak diberi sikit pada orang, Alhamdulilah, jadi pulak. Thanks pada sumber resepi yatie's cooking..






Quote:
Muffin Pisang
Bahan
2 cawan tepung naik sendiri
1/2 sudu teh soda bikarbonat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 1/2 cawan pisang emas (kat sini tak de, so guna pisang montel)
1/2 cawan minyak (guna butter cair)
sedikit esen pisang (guna esen vanilla

Cara
- Pukul telur & gula hingga kembang
- Kemudian masukkan pisang & esen
- Masukkan minyak
- Akhir sekali tepung & soda
- Bakar dalam 220 darjah celcius

Care to comment?


Saturday, 17-May-2008 21:15 Email | Share | | Bookmark
Rain....

Bunga ros rumah sebelah ....
Pameran auto
Mana satu yang aku nak beli ni..
View all 5 photos...
Hari ni hujan dari pagi sampai petang. Nak kuar rumah pun tak de mood. Cuma ke Markt je kejap, ada pameran kereta.

So, aktiviti hari ni masak je lah. Makan tengahari (brunch), buatkan nasi goreng ikan/udang je. Sosnya buatkan kicap cili je. Dah habis pulak stok cili merah & cili sos. Then petang pulak buatkan mini donut, rebuskan jagung untuk Safiah and roti coklat (tak buat banyak pun, 3 biji je, sebijik sorang, kuikuikui).

Sebelum..

Selepas..


kenapa la kamera ni datenya advance pulak

bagus..jgn membazir..ari tu sy confident sy roti menjadik..buat 2 bancuhan..punyalah banyak..cam nak bagi satu kampung makan..rotinya x selembut yg slalu buat..menyosal eden Sun 18-May-2008 12:52
Posted by:umieaisyah  - [Link]
hiiii
cuti la 2-3 ari nie.
baru boleh join korang ari nie.
Tue 20-May-2008 00:14
Posted by:zehan
zehan: waaa, zehan is back... tq view fp aku ni... Tue 20-May-2008 07:20
Posted by:azreeany
View all 6 comments Add comment


Friday, 16-May-2008 19:50 Email | Share | | Bookmark
Cara Mendidik Anak Yang Salah....

Vandaag regent het. Gisteren regende het ook. Morgen gaat het regenen.....Hari ni hujan turun, semalam pun dan esok juga.....
So, lepak dalam rumah..




Quote:
CARA MENDIDIK ANAK YANG SALAH...untuk peringatanku & suami

1. Jika anak terjatuh kerana terlanggar meja, kita memukul meja dan mengatakan pada anak bahawa meja itu jahat. atau:
kalau anak A memukul anak B sehingga si B menangis, kita akan (pura-pura) memukul si A di depan si B agar si B tidak menangis lagi.

Sikap seperti ini akan mendidik anak menjadi manusia pendendam. Si anak juga akan terdidik untuk menjadi manusia yang tidak pernah merasa bersalah. "Yang penting, apapun yang terjadi, yang salah adalah orang lain, bukan saya!"

2. Kalau anak terjatuh, kita akan terus mengambilnya atau memeluknya, bersikap seolah-olah si kecil baru saja mengalami masalah yang sangat besar.
Sikap seperti ini akan mendidik anak menjadi manusia manja, tidak kuat menghadapi dugaan hidup. Mereka ini akan mudah menyerah jika menghadapi masalah.

Pada pendapatku, biarkan saja kalau si comel cuma jatuh biasa dan menyatakan kepadanya bahawa jatuh adalah perkara biasa bagi kanak-kanak melainkan jatuh dan menghadapi kecederaan yang serius.

3. Menakut-nakutkan anak dengan mengadakan wujudnya hantu.
Biasanya, cara seperti ini digunakan oleh orang tua jika anak mereka nakal atau sukar mendengar kata. Memanglah, dalam jangka pendek sikap seperti ini biasanya efektif. Tapi untuk jangka panjang, ia akan memudaratkan anak-anak. Si anak akan membesar menjadi seorang yang penakut. Anak akan takut pada hantu, padahal hantu atau jin sebenarnya tak perlu ditakuti. Mereka adalah makhluk yang jauh lebih rendah dari manusia.

4. Terlalu banyak melarang.
"Jangan panjat, nanti jatuh."
"Jangan makan gelojoh!"
"Jangan usik barang tu, nanti pecah"

cuba cara ni

" Tak mau panjat."
"Makan hati-hati, nanti tercekik."

Anak adalah jenis manusia yang sedang dalam proses belajar. So, sewajarnya, tidak hairanlah mereka sering melakukan kesalahan. Jika mereka membuang nasi misalnya, langkah terbaik bukanlah memarahi mereka dan mengatakan itu membazir. Tapi alangkah baiknya jika kita memberitahu mereka dengan cara yang lebih menyenangkan, dan diterima oleh fikiran mereka yang masih terbatas.

Terlalu banyak melarang juga akan mendidik anak menjadi manusia yang tidak berani mencuba hal-hal baru.

5. Menganggap si anak sebagai orang bodoh
Kita sering berkata, "Ah, budak kecik, Apa tau!"

Padahal, banyak anak kecil yang menunjukkan kehebatan mereka. Mereka berhasil membuktikan bahawa mereka adalah orang-orang yang pintar dan hebat, walau usia masih amat muda.

So, kita harus menghargai perlakuan setiap anak, apalagi kalau anak sendiri! Memperlakukan mereka sebagai seorang manusia yang berpotensi. Kita tak tahu, seberapa besar ilmu pengetahuan yang sudah tersimpan di kepala anak kita. Maka, jangan sekali-kali menganggap mereka bodoh, belum tahu apa-apa, dan sebagainya. Dengan memperlakukan mereka secara wajar, ini akan mendidik anak menjadi seorang manusia yang percaya diri sehingga ia akan lebih mudah meraih kejayaan.

6. Memarahi anak jika mereka bertanya
Mungkin kita mempunyai anak yang terlalu banyak bertanya. Kerana bosan, kita memarahinya, mengatakan mereka cerewet, bahkan menyuruhnya untuk tidak terlalu banyak bertanya.

Padahal, anak yang cerewet atau sering bertanya, sebenarnya adalah anak yang sangat pintar. Mereka ingin tahu banyak hal. Kerana itu, bersabarlah menghadapi mereka. Jawablah setiap pertanyaan mereka sebaik mungkin, dengan cara yang menyenangkan. Dengan cara seperti ini, kreativiti dan kecerdasan anak akan bercambah dengan baik.


thanks 4 reminding..really appreaciate that Sun 18-May-2008 12:55
Posted by:umieaisyah  - [Link]
Bagus satu pengajaran yang baik untuk kiter as a parent...maybe something kiter x sedar pengajaran itu sudah berjalan walaupun secara informall...aper2pun, try 2 be a good mum n dad 4 our child... Mon 16-Jun-2008 13:26
Posted by:dillah1100 dillah1100@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 14-May-2008 10:49 Email | Share | | Bookmark
Hari yang masih cerah...

yumm... yumm....
 
tak dapat mandi, duduk pun jadi lah
View all 6 photos...
Hari ni masih cerah dan panas. ... So, menyidailah apa yang patut...


Hi there....welcome to Holland and to the wonderful world of Fotopages....
kalau kat Den Haag, bagitaulah kami, boley kita rnacang sommething together......
Thu 15-May-2008 11:39
Posted by:Muna  - [Link]
>> welcome to FP... Thu 15-May-2008 11:42
Posted by:<< jeff >>  - [Link]
thanks kak muna n jeff...
"nice fp kak muna"
Fri 16-May-2008 06:47
Posted by:azreeany
Add comment


Tuesday, 13-May-2008 01:08 Email | Share | | Bookmark
Awalan Kisah.....

sejuk-sejuk pun boleh menyengih lai...
fatima and safiah
eeee... sejuknyaaa
View all 4 photos...
Alhamdullilah, wujud juga akhirnya fp ni. Tapi yang nak distory pasal life di Holland ni. 4 tahun kami sekeluarga akan stay di sini. My husband further study di TUDelft.

Sebenarnya dah lama dah kitaorang sampai sini. Dekat setengah tahun dah. Kitaorang sampai bulan November 2007. I have to create something untuk hilangkan bosan dan masa yang terluang.

Masa sampai tu musim sejuk, tak kemana pun kitaorang, then now spring time, tapi mcm dah summer. So, safiah sukalah main-main kat tuin belakang rumah.

Oh ya sebelum tu, ada gak belajar basic Dutch for 8 lesson. Sikit-sikit cakap tu boleh la tapi....tergeliat jugak lidah bila cakap. kalau practise Insya Allah boleh kot.

Care to comment?


Monday, 5-May-2008 17:45 Email | Share | | Bookmark
Picnic @ De Grote Plas

ni pergi time sejuk lai...
ishh.. ishhh... iyah
 
View all 4 photos...
Petang, kami dan family kak fiza pi picnic n lepak kat De Grote Plas untuk menghabiskan masa cuti. Hari sunny sangat masa tu. Ramailah mat/minah2 saleh ni memanggangkan badan.Kat tasik yang luas sekangkang kera pun boleh duk berjemur.. Cian, kalau kat Malaysia, takat tasik tu nak jemur2 ker, nak picnic mesti tak pandang punya. Picnic kat tepi lautlah lai best..... Sebelum tu ke Ikea kejap.. window shopping... cuci-cuci mata....

Wahh. safiah bukan main suka lai. dapat lepas, berlari sana berlari sini dengan member-membernya....


Quote:
kalau dapat mandi kat tasik ni pun best gak ek....

Care to comment?


Saturday, 3-May-2008 17:10 Email | Share | | Bookmark
Maastrich and Roermond

Amsterdam....
Maastrich...
wahh...
View all 9 photos...
30 April -5 April holiday.30 April is Queen's Day. So, kami ambil kesempatan jalan-jalan ke Maastrich and Roermond. Kira 2 hari, 2-3 May. So, overnite kat hotel. Petang 3 hb tu pulak ada jamuan rumah kak fiza. Kawan-kawan dari UK datang holiday sini....




Care to comment?


Sunday, 27-Apr-2008 12:10 Email | Share | | Bookmark
Visit to Keukenhof ....

 
 
 
View all 25 photos...
Kami dan family kak fiza ke Kuekenhof. Taman ni buka time spring je. My first impression is cantik.... first impression safiah pulak bila nampak je bunga warna merah, dia nak petik... ayooo

Penatnya jalan kaki dalam taman ni... Balik je kitaorang suma pengsan..... Safiah yang duk dalam stroller pun tau penat......





Tue 20-May-2008 02:58
Posted by:min
ni yang buat kita jeles berbenor nie.. ishhh Tue 20-May-2008 03:06
Posted by:min norhasmina@yahoo.com.my
tu maknanya kena datang sini kak min..... Tue 20-May-2008 12:59
Posted by:azreeany
Add comment


[<<  <  1  2  3  4  5  [6]  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.